Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Openg dan isteri Puan Sri Datuk Amar Jumaani Tun Tuanku Haji Bujang serta keluarga telah menghadiri pelancaran buku biografi Tun Openg, Gabenor Pertama Sarawak bertempat di Hikmah Xchange, Kuching.
Ketika berucap merasmikan majlis, Premier Sarawak mengatakan bahawa ayahanda beliau Tun Openg sebagai seorang ayah, mentor dan pemimpin yang tinggi Intergiti.
“Ayahanda amat gigih dalam perjalanan hidupnya sebagai anak seorang Pelaut bermula sebagai seorang kerani, belajar kelas malam di naikan pangkat sebagai pegawai Daerah, Residen dan akhirnya di lantik sebagai Gabenor Pertama Sarawak” kata nya lagi.
Tambahnya lagi, Kegigihan dan Pengorbanan Tun Openg tehadap pentingnya Pendidikan dan Ekonomi rakyat telah memberi inspirasi kepada saya untuk meneruskan legasi Arwah dan apabila di lantik sebagai Premier saya terus membuat dasar pendidkan dan ekonomi kerajaan Sarawak.
Beliau juga merakam terima kasih mewakili keluarga Tun Openg kepada Dato Dr Jeneri Amir diatas kajian dan penerbitan buku Biografi tersebut.
Turut hadir Timbalan-Timbalan Premier Sarawak, YB Datuk Amar Douglas Uggah ak Embas, YB Datuk Amar Prof Sim Kui Hian, YB Datuk Amar Awang Tengah Bin Ali Hassan, YB Dato Sri Abdul Karim Rahman bin Hamzah, Menteri Pelancongan, Seni Kreatif dan Seni Persembahan /Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan
YB Datuk Amar Abu Bakar Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Timbalan-Timbalan Menteri, YB Dato Ibrahim bin Hajo Baki, ADUN N8 Satok, YB-YB serta dif-dif kenamaan lain.